Kerjaya Ain Edruce

Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model, seterusnya memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications. Empat tahun kemudian, selepas tamat belajar di UiTM, beliau mengacarakan rancangan Girls Only Show yang bersiaran di Hypp Inspirasi, saluran gaya hidup Unifi TV. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3.[3]

Beliau juga pernah menyertai rancangan realiti TV, Lari: Misi Mr. X bersama Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah. Ain berlakon dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Intan Najuwa dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Rosnaida. Ia kemudian diikuti oleh Kenyalang I'm In Love lakonan bersama Hafeez Mikail, beliau melakonkan watak Wanda.[4] Ain menggalas peranannya sebagai salah seorang pengacara rancangan Pop Express di ntv7.[5]